Perodua Kelisa transplant with Daihatsu YRV Turbo 1.3 twincam (K3VET) - Tiptronik
Info enjin Daihatsu YRV Turbo, kod enjin K3VET (LA-M201G) 1298cc 4 Silinder in line 16V intercoler Turbo mampu menghasilkan sekitar 140PS atau 102.97kw @ 6,400rpm dengan tork maksima pada 176Nm @ 3,200rpm. Enjin ini jika dimasukkan kedalam engine bay sebuah kelisa yang hanya seberat 800kg mampu menghasilkan kuasa sepantas kilat (power to weight ratio), menghasilkan pickup yang terlalu tinggi bagi kereta kecil sebegini . YRV bermaksud (Young Recreational Vehicle) atau dalam bahasa Malaysia Kenderaan rekreasi untuk muda mudi, . di jepun terdapat 2 versi iaitu Turbo dan NA, Versi Turbo hanya didatangkan dengan transmisi automatik dengan option Tiptronik ( tukar gear dengan butang +/- dekat stereng bermaksud enjin ini campuran auto dan manual, menjadikan penukaran gear lebih cepat dari manual. Pengecas turbonya bertindak dari rpm rendah. Sistem DVVT (Dynamic Variable Valve Timing) akan berterusan mengawal pemasaan injap mengikut sebarang keadaan pemanduan. Teknologi ini bergabung untuk memberikan enjin K3VET di tahap rpm yang tinggi serta kilasan (Torque) bertindak pada tahap rendah dan pertengahan rpm. Result nya memberi kepuasan pemanduan dan menyenangkan mengawal enjin pada semua tahap kelajuan.
Kancil L5 vs Kelisa YRV
Subaru Impreeza VS Daihatsu YRV original
_____________________________________________
Jika Berminat Untuk Masuk Injin YRV Turbo atau NA ke dalam kereta anda
Berikut adalah kos untuk anda yang berminat, memasang injin ini kedalam kelisa/kenari/Myvi
Kelisa/Kenari
1. Storia/yrv 1.3 NA RM 5500
2. Yrv Turbo 1.3 K3vet RM 6500
MYVI
1. Myvi 1.3 auto > yrv 1.3 turbo RM 6800
2. Myvi 1.3 manual > yrv 1.3 turbo RM7800
3. Myvi 1.3 > yrv turbo 1.3 injin lantai RM 4000
Harga-harga diatas adalah termasuk seperti berikut:-
-halfcut
-minyak hitam baru
-Oil Filter Baru
-minyak gearbox baru
-minyak brake baru
-minyak power stereng baru
-refill gas aircond
-re-welding ekzos
-Stabilizer Bar re-shaping by oxy gas heat (kelisa & kenari)
-upah pasang upah wiring bagai
* masa pemasangan 4-5 hari bekerja
* tiada kos terselindung*
*Injin lama kami tak trade in, owner boleh simpan atau jual kepada pihak lain.
call # wasap -Gemok 0173135739
'majulah YRV utk Negara'
pandu cermat jiwa selamat
_____________________________________________________________
\
injin siri K3, setelah daihatsu menjadi salah satu daripada Group Toyota, menumpukan pada pembuatan kenderaan kompak, tujuan enjin ini dicipta adalah untuk dimuatkan kedalam body yg kecil, mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan. ianya dirumuskan kepada 5 tujuan:-
1. Mempunyai pickup yang cepat
2. Mematuhi peraturan pelepasan gas
3. Penggunaan bahan bakar yang efisyen
4. Mematuhi tahap bunyi
5. Ringan dan kompak
untuk injin versi K3 ini Daihatsu telah bekerjasama dengan Toyota, berpandukan dari injin Toyota siri 1SZ dengan beberapa perubahan dan variasi untuk disesuaikan dengan variasi intake Natural Aspirated (NA), atau dengan Turbo Charger. K3-VE sesuai dalam bandar, manakala K3-VET (Turbo) untuk yg gemarkan prestasi (hi-power).
Daihatsu telah menempatkan intake manifold dengan layout menegak di intake port untuk mendapat tork yang cepat pada kelajuan rendah dan sederhana. menaikan jumlah udara yang masuk kedalam silinder untuk mendapatkan tork maksimum pada kadar mendatar mengikut kelajuan, maknanya kenderaan ini memiliki kemampuan respon dari kelajuan rendah hingga kelajuan yang tinggi.
Intake manifold yang kompleks ini dibuat pihak Daihatsu dari bahan Polimer dan bukan bahan logam seperti alluminium, kelebihan bahan polimer ini adalah ia mudah dibentuk dan ia juga akan mengurangkan suhu panas didalam intake manifold, udara panas dari injin kurang memberi efek keatas kemasukan udara ke manifold. semakin sejuk udara masuk semakin banyak oksigen yang berada dalam udara tersebut, meningkatkan kadar pembakaran didalam ruang bakar.
injin ini dilengkapi dengan sistem Dynamic Variable Valve Timing (DVVT) kemampuan untuk mengawal intake valve timing yang disesuaikan dengan tahap kelajuan injin dan untuk mengawal jumlah udara mengikut kelajuan injin.
Dengan kombinasi intake menegak dan DVVT ini, pihak Daihatsu melaporkan bahawa Volumetric Efficiency sangat tinggi dan boleh mencapai 105% pada 5000 RPM, dengan range melebihi 90% tork maksimum pada 1900 - 5000 RPM.
Untuk bunyi enjin yang lebih senyap, injin ini dilengkapi dengan silent chain pada bahagian injin yang bergerak. untuk mengurangkan gegaran, high rigid steel block telah digunakan untuk Blok Injin. serta oil pan yang bersatu dgn stifner dan tersambung dgn transmision, mampu menurunkan bunyi bising sebanyak 5db.
untuk membuatkan injin ini lebih kompak pihak Daihatsu telah menipiskan ketebalan blok serta membuat housing untuk water pump dan oil pump menjadi satu dgn blok injin